Garam Buluh Sambou
- Mengawal pH badan , boleh meneutralkan toksin berasid tinggi dengan cepat seperti asid urik , gula dalam darah , kolestrol dan lain² .
- Membaiki masalah sistem penghadaman seperti : gastrik , ulser perut , masalah usus , buasir , sembelit dan lain² .
- Bagi pesakit jantung , buah pinggang , darah tinggi di nasihatkan menggunakan garam ini berbanding garam biasa .
- Mempunyai kesan detoksifikasi , pembunuh kuman , anti keradangan dan meneutralkan logam berat , dengan itu ia amat berkesan untuk keradangan paru² , hati , buah pinggang , sendi² , mulut dan perut serta lain² .
- Melegakan masalah alahan , pigmentasi dan lain² masalah kulit . Ia juga boleh menghindarkan masalah badan berbau , kulat di kaki (Hongkong foot) .
- Melambatkan proses penuaan , nyanyuk , serta mengurangkan penyakit Parkinson atau senile dementia .
- Mencegah penyakit kronik seperti penyakit jantung , darah tinggi , buah pinggang , kencing manis , kanser dan lain² masalah kesihatan .
Garam Buluh Sambou Korea berasal dari penawar tradisi masyarakat Korea semenjak beribu-ribu tahun dahulu . Garam Buluh Sambou menjadi cara utama untuk mengekalkan kesihatan di kalangan penduduk Korea .
Di ambil dari pantai barat semenanjung Korea ini dikeringkan dan kemudian diisi kedalam buluh yang berusia lebih dari 3 tahun dan ditutup dengan tanah liat merah yang terdapat di lembah pendalaman Korea .
Garam tersebut kemudiannya dibakar dengan menggunakan kayu pokok pain. Proses pembakaran garam dengan menggunakan suhu 900 - 1500 darjah Celcius bertujuan untuk menghapuskan logam berat dan toksin dari garam laut . Pada masa yang sama garam tersebut akan menerima mineral dari batang buluh dan tanah liat merah . Garam Buluh yang dibekalkan ini adalah telah di proses berulang kali atau dipanggil " 6-Burned Bamboo Salt "
Garam Buluh Sambou Korea mengandungi garam mineral bersifat alkali yang mengandungi zat-zat galian yang diperlukan oleh tubuh manusia . Nilai pH adalah pada paras pH 10 atau lebih .
Lebih daripada 90 jenis nutrien berlainan diperlukan untuk mengekalkan kesihatan manusia dan satu²nya makanan yang mengandungi 70 - 80 jenis garam galian dan unsur² yang diperlukan oleh tubuh badan manusia ialah Garam Buluh Sambou . Dengan kesan² peneutralan toksin , penyelarasan , keseimbangan dan anti-pengoksidaan . Tenaga organik aktif Garam Buluh Sambou merupakan produk terbaik untuk mengekalkan kesihatan seisi keluarga anda .
Garam Buluh Sambou yang telah dipanaskan berkali-kali merupakan makanan alkali kuat yang sesuai untuk tubuh badan manusia .
Nilai perubatan garam kepada orang biasa hanya merupakan sejenis makanan paling biasa sekali tetapi kepada pakar² perubatan ia merupakan sejenis makanan yang bernilai tinggi . Tabib Cina yang masyhur iaitu Li Shi Zen telah mengatakan dalam kitab termasyhurnya " Ben Cao Gang Mu " bahawa " Garam kasar berasa manis dan masin dan ia mempunyai kesan² penyejukan serta tidak toksik , digunakan untuk melegakan kepanasan sistem pencernaan , kekurangan nafas dan ketegangan dada " Ia juga mengatakan bahawa garam dapat meneutralkan toksin² , melegakan kepanasan , kesakitan dan kegatalan . Tabib Li telah mencadangkan supaya penggunaan garam selepas ianya di panggang .
Dr. Choda Hikarimae . " Radikal Bebas adalah punca utama penyakit zaman moden termasuk proses penuaan dan kanser ".
Dr. Linus Pauling ( Pakar Nutrisi & Pemenang Hadiah Nobel 2 Kali ) " Jika kita menyiasat asal-usul semua penyakit dan simtom , mereka disebabkan oleh kekurangan garam galian . Kekurangan garam galian akan menyebabkan kehilangan fungsi vitamin² "
Dr. Joel Wallach " Penyerapan garam galian harian yang tidak mencukupi bermakna pengurangan hayat selama beberapa jam atau pun beberapa hari ."